Monday 7 June 2010

CABARAN DAN HARAPAN DALAM PENDIDIKANMENGHADAPI ALAF

Malaysia mempunyai salah satu sistem pendidikan yang terbaik di DuniaKetiga. Namun sebagai bekal kita harungi perjalanan pada generasi yangkedua ini, piawaian yang baru hendaklah ditetapkan dan matlamat baruhendaklah dicapai. (YAB Perdana Menteri, 1991)PendahuluanPendidikan adalah kepentingan awam. Peranan sistem pendidikan sangat pentingdalam pembangunan negara. Pendidikan yang berkualiti dan cemerlang merupakanwahana uasaha membangunkan generasi alaf baru, yang akan menjelang dua tahunakan datang. Sistem pendidikan negara memerlukan usaha-usaha yang strategik yangboleh meningkatkan keupayaan dan kemampuan amalannya ke tahap kauliti yangtingggi dan cemerlang agar dapat menangani cabaran-cabaran abad ke-21.Sistem pendidikan akan berubah sejajar dengan peubahan aspek ekonomi, budaya danpolitik Perubahan aspek tersebut amat hebat dan pantas. Leka dan alpa bolehmenyebabkan kita terpinggir dan tersingkir. Intellectual capital akan menjadi asaskukuh daripada kekayaan yang berupa tanah, wang atau bahan mentah. Budayakoperat yang berasaskan pendemokrasian kuasa akan menggantikan amalan hirakitradisional. Persaingan melebihi batas kawasan kepada persekitaran sejagat dan terlalusengit. Pendek kata prinsip dan nilai sejagat akan menentukan kejayaan sesuatuinstitusi, organsisasi atau negara. Oleh itu sistem pendidikan dan persekolahan dalammenghadapi gelombang perubahan alaf baru perlu berfungsi pada landasannya untukmenyumbang kepada pembangunan bangsa dan negara.Perdana Menteri Malaysia, YAB Datuk Seri Dr. Mahathir bin Mohamad, dalamucapan menyambut perayaan Hari Kebangsaan Malaysia ke-40 baru-baru ini, telahmeminta rakyat supaya mencari strategi dan pelan baru bagi menghadapi alafmendatang ini. Rakyat perlu melengkapkan diri dari segala sudut, dari ilmupengetahuan yang berasaskan teknologi tinggi sehingga memupuk semangatkebangsaan yang unggul di dalam jiwa masing-masing. Jika rakyat tidak bersediamenghadapi perubahan dunia, negara pasti tidak akan mampu bersaing dengannegara-negara maju lain. Beliau mahukan pembangunan negara mestilah seiringdengan pembangunan rohaniah agar keseimbangan antaranya dapat memenuhi hasratkerajaan untuk melahirkan masyarakat medani. Kerap juga Perdana Menteri dalamucapannya memberi ingatan "kita mahu menjadi negara maju dalam acuan kitasendiri".Cabaran Alaf BaruPerubahan-perubahan yang hebat dan pantas dalam aspek ekonomi, budaya danpolitik itu sendiri adalah cabaran besar yang akan dihadapi oleh rakyat Malaysia.Walaupun tidak dapat dinafikan bahawa sejak dari dahulu lagi cabaran-cabaran itusudah wujud dan diperbincangkan tetapi kali ini dijangka lebih hebat dan kritikaldengan sumbangan teknologi yang baru. Masalah yang timbul dari cabaran tersebutseperti rohani, akhlak, sosial, politik, ekonomi, sains dan teknologi.Dalam Persidangan Pendidikan Nasional Ke-5, dalam tahun 1997 yang lalu, natijahpersidangan menunjukkan dua cabaran besar alaf baru ialah ledakan ilmu yangberbentuk global dan masalah sosial yang perlu ditangani dan diatasi ke arahmembentuk masyarakat madani. Justeru itu agenda penting untuk membangun rakyatMalaysia melalui sistem pendidikan pertama ialah pembinaan budaya ilmu dankeduanya ialah pembudayaan masyarakat.a. a. Pembinaan Budaya IlmuIlmu merupakan faktor terpenting dalam menentukan kebahagiaan individu dankejayaan serta kekuatan sesuatu bangsa dan negara. Ilmu membina kekuatanminda ke arah daya fikir tinggi (high order thinking) dan daya kreatif di kalanganindidvidu dan bangsa. Semua agama dan sistem sosial manusia mahukan ahlinyamenguasai ilmu pengetahuan sama ada untuk kebahagiaan duniawi dan ukhrawi.Dr. Wan Mohd. Nor Wan Daud, menjelaskan "Budaya Ilmu bermaksudkewujudan satu keadaan di mana setiap lapisan masyarakat melibatkan diri baiksecara langsung mahupun tidak langsung dengan kegiatan-kegiatan keilmuan disetiap kesempatan: dan keadaan di mana segala tindakan manusia baik di tahapindividu, apatah lagi di peringkat masyarakat, diputus dan dilaksanakanberdasarkan ilmu pengetahuan." Mengikut beliau lagi, budaya ilmu ialah satubudaya yang meletakkan nilai tertinggi dan asas kepada ilmu pengetahuan sebagaikunci segala kebaikan dalam kehidupan individu, keluarga, masyarakat, bangsadan negara.Para pendidik perlu sedar bahawa dalam usaha negara menghadapi masa depanyang penuh saingan, pendidikan adalah bersifat futuristik, maka kita hendaklahmampu menyediakan generasi muda kita untuk menghadapi keungkinankemungkinanberupa masyarakat industeri, ekonomi yang global, kebanjiranteknologi tinggi dan sentiasa bertambah canggih, penggunaan komputer sebagaikeperluan urusan harian dan limpahan maklumat sejagat. Kita perlu lahirkangenerasi berilmu untuk berfikir, bertindak dan menghasilkan sesuatu yangbermanfaat berlandaskan skop yang global dan teknologi yang terkin, sertaberupaya menangani gelombang perkembangan dan perubahan masa kini.b. b. Pembudayaan Masyarakat MalaysiaPerkembangan ekonomi dan industri yang berlaku dengan pesatnya tidakbermakna jika tidak diseimbangan dengan kesejahteraan sosial, ketinggian rohani,kekuatan jiwa dan kebudayaan yang terpelihara. YAB Timbalan Perdana Menteri ,Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, menganjurkan satu gagasan sosial yangmemantapkan lagi bentuk acuan masyarakat maju Malaysia ialah denganmengambil ciri-ciri madani. Mengikut takrif masyarakat madani ialah: "suatusistem sosial yang subur yang diasaskan kepada prinsip moral yang menjaminkeseimbangan antara kebebasan perseorangan dengan kestabilan masyarakat.Masyarakat yang mendorong daya usaha serta inisiatif individu baik dari segipemikiran, seni, ekonomi dan teknologi. Sistem sosial yang cekap dan saksamaserta perlaksanaan pemerintahan mengikut undang-undang dan bukan nafsu ataukeinginan individu menjadikan keterdugaan (predictability) sertaketelusan(transprency) sistem.Cabaran yang sedia wujud seperti masalah remaja, dadah, seks bebas, samsengsekolah, ponteng, dan berbagai kes salah laku perlu ditangani dengan bijaksana.Para pendidik seharusnya menghadapi cabaran ini sebagai satu peluang(opptunity) secara komited menggunakan wadah pendekatan nilai merentasikurikulum persekolahan untuk membentuk masyarakat madani di kalangan pelajardan masyarakat.Peranan PendidikTuntutan abad ke-21 dilandaskan kepada tuntutan Wawasan 2020 dan WawasanPendidikan. Selari dengan tuntutan-tuntutan tersebut penyediaan sumber manusiaberkualiti hendaklah dihasilkan oleh sistem pendidikan kita.. YAB Perdana Menteritelah menggariskan ciri-ciri generasi yang hendak dilahirkan untuk mewarisi alaf baruakan datang iaitu:• • kaya maklumat (termasuk sains dan teknologi)• • kekuatan minda (krestif dan proaktif)• • nilai-nilai luhur dan murni (termasuk penyayang)• • semangat jati diri, jaya diri dan keusahawanan, dan• • ketrampilanUntuk menentukan kehendak ciri-ciri manusia berkualiti tersebut dapat dihasilkan,maka para pendidik dan guru-guru pelatih, perlulah dilengkapkan dengan ciri-ciriberikut pula:• • menguasai subjek (kandungan kurikulum)• • mahir dan bertrampilan dalam pedagogi (pengajaran & pembelajaran)• • memahami perkembangan murid-murid dan menyayangi mereka• • memahami psikologi pembelajaran (cognitive psychology)• • memiliki kemahiran kaunseling• • menggunakan teknologi terkini• • dapat menyaring dapatan-dapatan kajian dan penyelidikan mutakhir• • boleh bekerjasama dengan rakan sejawat dan orang lain, dan• • memiliki keyakinan terhadap peranan dan sumbangan sebagai pendidik.Satu agenda dalam program pendidikan kini sebagai persediaan abad ke-21, ialahSekolah Bestari. Pelaksanaan Sekolah Bestari turut mewujudkan transformasi dalamsistem pendidikan yang meliputi aspek kurikulum, sistem penilaian, pentadbiran,pengurusan pembelajaran. Implikasi kepada reformasi ini, memerlukan persediaanguru. Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd. Zahid bin Mohd. Nordin, memberi ciri-ciri gurubestari ialah guru-guru yang boleh dan bijaksana mengimbang keperluan WawasanPendidikan dengan tuntutan dan cabaran semasa. " Pendidikan Bestari antara lainmenginginkan guru yang berketrampilan. Tingkat ketrampilannya bukan sekadarmengguna dan menguruskan teknologi, tetapi lebih penting berkeupayaan menyaring,mengadun, mengacuan setiap perkara seiring dengan tingkat ketahanan anak bangsa,sejajar dengan budaya halus masyarakat kita dan seterusnya menyumbang untuk terusmemperkukuh asas kewujudan kita." (1997)Merujuk kepada cabaran besar di atas, para pendidk mempunyai tanggungjawabmelaksanakan peranan berikut secara komited dan ikhlas:a. a. Membina Budaya IlmuKemampuan para pendidik ialah menyusun, dan mensepadukan ilmu denganperkembangan semasa, seperti:• • Teknologi dan perkomputeran – para pendidik seharusnya mengoraklangkah dan menggembleng peluang untuk melengkapkan diri berketrampilansebagai pemimpin ilmu berasaskan teknologi serta bersedia menjurus kepadapenguasaan dan penggunaan teknologi maklumat untuk pelbagai bidang danmenjadi mekanisme urusan harian.• • Kemahiran berfikir dan pemikiran konstruktif – pelajar-pelajarmestilah dididik menggunakan daya fikir tinggi dan minda untuk melahirkanpelajar-pelajar untuk belajar sepanjang hayat dan mempunyai modalintelektual tinggi menghadapi era globalisasi. Kemahiran berfikir danpemikiran konstruktif perlu juga terarah kepada pandangan jauh dan luarbiasa.• • Kebolehan menterjemah dan mengawal kurikulum yang luwes – Parapendidik seharusnya mempunyai kemahiran dan ketrampilan mengaitkandomain teori dengan praktis dan mesti bijak membina pengetahuan dankemahiran secara developmental mengikut kadar pembelajaran (pace oflearning) untuk mencapai kemahiran thoughtful learning. Kurikulumsepatutnya mempunyai ruang untuk disesuaikan dengan perkembangansemasa berdasarkan keperluan negara, perkembangan semasa dan kemajuansejagat. Kurikulum yang hendak digubal melalui Four Pillars of Learningiaitu:@ Learning to know ( Belajar untuk menguasai ilmu)@ Learning to do (Belajar untuk menguasai kemahiran)@ Learning to be (Belajar untuk menjadi insan berguna)@ Learning to live together (Belajar untuk harmoni dan bekerjasama)• • Menerapkan nilai-nilai murni/moral/akhlak – nilai-nilai murnimenitikberatkan perlakuan baik, peradaban dan tatasusila insan dalamhubungannya sesama manusia, alam dan Tuhan. Elemen ini sangat pentingdalam usaha pembudayaan masyarakat yang dapat mewujudkan kesejahteraandan keharmonian negara.• • Menguasai pengetahuan dan kemahiran industri – melahirkan generasiuntuk pasaran tenaga kerja industri merupakan Dasar Pembangunan Negara.Usaha ini ialah sebagai sumbangan kepada melahirkan sumber manusia yangmenyumbang kepada tenaga buruh yang berkualiti, seba boleh dan responsifkepada perubahan keadaan perindustrian. Kurikulum dan daya didik di dalamsistem pendidikan hendaklah berupaya merealisasikan masyarakat sainstifik,teknologis dan progresif yang inovatif dan berpandangan jauh ke hadapan.a. a. Membentuk Masyarakat MadaniPendidik yang profesional dapat menangani pengajaran dan pembelajaranyang dapat membudayakan masyarakat dengan amalan akhlak dan nilai-nalaimurni. Perkembangan dan kemajuan dunia boleh mempengaruhi gaya hidupdan akhlak masyarakat kita. Usaha mengimbangkan perkembangan dankemajuan dunia aspek teknologi maklumat dan industri hi-tech, denganpembentukan rohaniah dan ketahanan diri diberikan perhatian serius. Makakonsep masyarakat madani merupa wadah untuk membudayakanmasyarakat Malaysia. Kurikulum dalam sistem pendidikan kita sama adasecara formal atau tidak formal, mampu menyusun dan membentukmasyarakat madani. Dalam merancang pelaksanaan konsep ini beberapaperkara mesti diberi perhatian:o o Prinsip berteraskan keimanan dan moral yang menjaminkeseimbangan antara kekebasan perseorangan dengan kestabilan dankesejahteraan masyarakato o Mendorong perkembangan indidvidu dari segi pemikiran, budaya,sosial, ekonomi, alam sekitar dan teknologio o Sistem sosial yang cekap dan saksama serta perlaksanaanpemerintahan mengikut undang-undang dan bukan nafsu ataukepentingan individuo o Mengamalkan akhlak terpuji dan boleh diteladaniUsaha mewujudkan masyarakat madani diharap dapat melahirkan warganegara yang berpegang kepada teras keimanan dan ketuhanan, mempunyaiketahanan diri, memiliki identiti bangsa Malaysia, tahap kepimpinan yangdinamik, berpandangan jauh, kreatif dan inovatif, citra diri yang tinggi,berdisiplin dan amalan hidup yang cemerlang.KesimpulanPerkembangan dunia aspek ekonomi, sosial, politik dan teknologi seharusnya menjadiindikator asas kepada sistem pendidikan dan persekolahan untuk memenuhi keperluantenaga manusia yang berteraskan keilmuan yang berkualiti, asas nilai dan moral yangberdasarkan kepercayaan kepada Tuhan, semangat patiotis dan memelihara perpaduanrakyat sebagai bangsa Malaysia, dan manusia yang bertaraf dunia. Para pendidikadalah wahana yang boleh menentukan corak manusia yang mampu menghadapi alafbaru, abad ke-21.

No comments:

Post a Comment